Menteri Luar Jerman singkatkan lawatan ke Pakistan, positif Covid-19
NEW DELHI - Menteri Luar Jerman, Annalena Baerbock memendekkan lawatannya ke Pakistan selepas disahkan positif Covid-19.
Baerbock, yang tiba di Islamabad pada Selasa untuk lawatan dua hari, telah mengadakan sidang media dengan Menteri Luar Pakistan Bilawal Bhutto Zardari serta bertemu pegawai Pakistan.
Menteri itu "diuji positif” selepas beliau hilang deria rasa ketika menikmati hidangan tengah hari," menurut stesen penyiar Jerman Deutsche Welle (DW) menerusi laman sesawangnya.
Beliau sepatutnya ke Greece dan Turkiye selepas lawatan ke Pakistan. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!