DBKL siap sedia kemungkinan banjir kilat di ibu kota

Keadaan jalan di ibu kota pada pagi Rabu.
Keadaan jalan di ibu kota pada pagi Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kebanyakan kawasan di sekitar Kuala Lumpur sedang mengalami hujan pada Rabu.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi kemas kini di Facebook, menasihati warga kota berhati-hati dan mematuhi arahan lalu lintas sewaktu pemanduan.

Menurut kenyataan itu, kakitangan DBKL bersama agensi berkaitan sedang berada di lapangan bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) pada Rabu mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan bagi negeri Selangor dan Kuala Lumpur.

Kakitangan DBKL bersama agensi berkaitan berada di lokasi hotspot banjir kilat susulan amaran cuaca hujan pada Rabu.
Kakitangan DBKL bersama agensi berkaitan berada di lokasi hotspot banjir kilat susulan amaran cuaca hujan pada Rabu.

METMalaysia menerusi kemas kini di Facebook rasminya memberitahu, Selangor (Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat) dan Kuala Lumpur dijangka mengalami hujan sehingga jam 11 pagi.

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," kata kenyataan itu yang dikeluarkan pada 8.35 pagi Rabu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!