15 minit tahan sakit, tersepit dalam kereta

Anggota bomba menjalankan kerja mengeluarkan mangsa dalam kemalangan melibatkan lima buah kenderaan di Kilometer 21.9 Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) pada Rabu.
Anggota bomba menjalankan kerja mengeluarkan mangsa dalam kemalangan melibatkan lima buah kenderaan di Kilometer 21.9 Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) pada Rabu.
A
A
A

SEPANG - Seorang lelaki terpaksa menahan kesakitan hampir 15 minit akibat tersepit dalam kereta yang dipandunya selepas terbabit kemalangan dengan empat kenderaan lain di Kilometer 21.9 Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) pada Rabu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 10.37 pagi.

"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 11.09 pagi.

"Kemalangan melibatkan lima buah kenderaan antaranya empat buah kereta dan sebuah lori. Salah seorang pemandu kenderaan terlibat tersepit dalam kereta," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, anggota bomba kemudiannya menjalankan kerja mengeluarkan mangsa.

"Mangsa tersepit di bahagian tempat duduk pemandu. Mangsa yang mengalami kecederaan kemudian berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!