BN Selangor tamatkan perkhidmatan Isham serta-merta

Surat penamatan perkhidmatan Isham yang dimuatnaik di Facebook pada Rabu. (Gambar kecil: Isham)
Surat penamatan perkhidmatan Isham yang dimuatnaik di Facebook pada Rabu. (Gambar kecil: Isham)
A
A
A

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) Selangor menamatkan perkhidmatan Isham Jalil sebagai Ketua Penerangan BN negeri itu berkuat kuasa serta-merta pada Rabu.

Isham menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan penamatan tersebut dibuat susulan jawatan berkenaan tidak termaktub di dalam Perlembagaan BN.

Bagaimanapun, Isham yang juga ahli biasa dalam BN sebelum ini bertekad akan terus membantu parti itu walaupun tanpa apa-apa jawatan.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bekerjasama dan berjuang bersama saya sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai Ketua Penerangan BN Selangor.

"Perjuangan kita belum selesai, oleh itu saya mohon agar tuan-tuan dan puan-puan meneruskan perjuangan dan usaha ini walaupun saya tidak lagi berada di kepimpinan BN negeri," katanya dalam hantaran tersebut pada Rabu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!