Rekahan tanah dikesan di Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas

Rekahan yang dikesan di Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas pada 3 Jun lalu.
Rekahan yang dikesan di Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas pada 3 Jun lalu.
A
A
A

PASIR MAS - Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas di sini dikejutkan dengan kesan rekahan tanah yang berlaku di kawasan padang kawad.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Zainal Madasin ketika dihubungi mengesahkan rekahan itu dikesan pada 3 Jun lalu.

Menurutnya, buat masa ini penugasan di Balai Bomba Pasir Mas masih berjalan seperti biasa.

"Sejurus mengesan rekahan pada jam 11 malam, pihak bomba telah memaklumkan perkara tersebut kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Jabatan Kerja Raya (JKR).

"Pihak bomba sentiasa berwaspada dengan sebarang situasi ketika ini," katanya pada Rabu.

Zainal berkata, tindakan itu bagi memastikan rekahan berkenaan tidak berlarutan ke kawasan lain yang boleh memberikan kesan kepada operasi pihak bomba.

Rekahan itu dipercayai berlaku kesan daripada runtuhan tanah di Kampung Pohon Celagi pada 17 Februari 2021.

Hal ini kerana jarak lokasi berkenaan dengan Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas hanya kira-kira satu kilometer sahaja.

Selain itu, kedudukan balai tersebut yang terletak berhampiran kawasan tebing Sungai Kelantan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!