22 maut van terjunam dalam gaung di Pakistan

Sekurang-kurangnya 22 penumpang van maut selepas kenderaan dinaiki terjunam ke dalam gaung, di barat daya Pakistan, pada Rabu. - Foto AFP
Sekurang-kurangnya 22 penumpang van maut selepas kenderaan dinaiki terjunam ke dalam gaung, di barat daya Pakistan, pada Rabu. - Foto AFP
A
A
A

KARACHI - Sekurang-kurangnya 22 penumpang van maut selepas kenderaan yang dinaiki terjunam ke dalam gaung, di barat daya Pakistan pada Rabu, lapor Agensi Anadolu.

Nahas jalan raya itu berlaku di selekoh tajam di kawasan pergunungan Killa Saifullah terletak kira-kira 333 kilometer (km) dari Quetta, di barat daya wilayah Balochistan.

Pegawai daerah, Mohammad Qasim Kakar berkata, hanya seorang penumpang budak lelaki berusia 13 tahun terselamat dalam nahas itu.

"Semua mayat telah ditemukan manakala mangsa yang cedera dilaporkan berada dalam keadaan kritikal," katanya. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!