Tuntutan veteran ATM bukan hanya libatkan Kementerian Pertahanan

Hishammuddin (tengah) ketika sidang media pada Majlis Pra-Pelancaran LIMA 2023 di Wisma Pertahanan hari ini. - Foto Bernama
Hishammuddin (tengah) ketika sidang media pada Majlis Pra-Pelancaran LIMA 2023 di Wisma Pertahanan hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tuntutan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk pencen bukan hanya melibatkan Kementerian Pertahanan sebaliknya banyak pihak lain lebih-lebih lagi jika ia berkait rapat dengan kemampuan atau kewangan negara.

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagaimanapun berjanji akan meneruskan agenda membela veteran ATM dan tuntutan mereka akan diberi perhatian sewajarnya.

"Jumlah veteran ATM mencecah 300,000 di seluruh negara, apa jua pertimbangan untuk membela veteran ini perlu diambil peduli kerana jumlah mereka yang besar," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Prapelancaran Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA ‘23) di Auditorium Kementerian Pertahanan di sini, pada Rabu.

Beliau mengulas perhimpunan kira-kira 1,000 veteran ATM dari seluruh negara di Tugu Negara pada Isnin lepas bagi menyuarakan tuntutan supaya kerajaan membela kebajikan mereka.

Tuntutan itu melibatkan penyelarasan dan pemberian pencen kepada veteran yang tidak menerima pencen serta membuka ruang untuk pengampunan kepada mereka supaya dapat menerima pencen selain diiktiraf sebagai veteran. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!