Ibu, teman baik Sonny Bill Williams peluk Islam

Williams (kiri) bertemu salah seorang mangsa, Ziyaad Shah ketika melawat Hospital Christchurch pada Sabtu lalu.
Williams (kiri) bertemu salah seorang mangsa, Ziyaad Shah ketika melawat Hospital Christchurch pada Sabtu lalu.
A
A
A

WELLINGTON - NEW ZEALAND. Ibu bintang ragbi, Sonny Bill Williams dan sahabat baiknya dilaporkan memeluk Islam beberapa hari selepas insiden serangan ganas menggemparkan Christchurch.

Ibu kepada atlet berusia 33 tahun itu dan rakan paska Ofa Tu'ungafasi telah mengucap dua kalimah syahadah.

Berita itu turut disambut gembira imam di Zimbabwe, Sajid Umar yang menyatakan sokongan beliau di Twitter, kelmarin.

"Kami mendapat khabar gembira ibu kepada saudara kita @SonnyBWilliams memeluk Islam bersama sahabat dan rakan sepasukannya. Segala puji bagi ALLAH. Dia yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Walaupun saya jauh, saya sangat gembira dengan saudara saya. ALLAH memberi hidayah kepadanya," katanya menerusi Twitter.

Gambar mereka turut dikongsi rakannya, John Fontain yang menunjukkan Tu'ungafasi memakai jubah putih bersama Williams.

"ALLAHUAKBAR, hari ini, ibu Sonny Bill Williams dan rakan pasukannya, Offa Tu'ungafasi memeluk Islam. Semoga urusan mereka dipermudahkan dan ditempatkan di syurga, Amin," kata Fontain.

Difahamkan, Williams yang menjadi orang Islam pertama bermain untuk All Blacks turut bertemu mangsa serangan ganas itu di hospital bersama temannya. - Daily Mail

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!