Pelari pecut negara

No Image Caption
A
A
A
Pelari pecut negara Azreen Nabila Alias menunjukkan pingat gangsa yang diperoleh di Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam bagi acara olahraga 4x100 meter (m) wanita semasa ditemui. Azreen berharap dapat mewakili Terengganu ke Sukan Malaysia (Sukma) 2022 di Kuala Lumpur pada 29 September hingga 8 Oktober depan.

Meskipun menyedari harapannya agak kelam susulan keputusan Jawatankuasa Tertinggi Sukma yang tidak membenarkan penyertaannya, beliau tetap menaruh harapan untuk membuat penampilan terakhir di temasya sukan dwi tahunan itu.

Beliau merasakan keputusan itu agak tidak adil memandangkan penyertaannya di pentas Olimpik Tokyo adalah atas tiket 'wild card', bukannya secara merit.

Azreen Nabila turut berharap masih ada proses rayuan yang membolehkannya bertanding sekurang-kurangnya dalam acara berpasukan seperti 4×100m di kejohanan itu nanti. - Foto Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Tinjauan banjir di Kuala Terengganu

No Image Caption
GALERI

Aktiviti Musim Tengkujuh

No Image Caption
GALERI

Lawatan Muzium Kesenian Islam Malaysia