Tunggu pelanggan, penyamun yang datang
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, mangsa menjalankan perniagaan dalam talian dan membuat janji temu bertemu pelanggannya di restoran tersebut.
Menurutnya, kejadian berlaku pada jam 1.45 tengah hari ketika mangsa sedang menunggu pelanggan di restoran berkenaan.
"Semasa menunggu pelanggan terbabit yang mahu datang dan melihat sendiri jam tangan jenis Rolex yang mahu dibelinya, tiba-tiba datang empat lelaki menyamun mangsa.
"Empat lelaki terbabit mengambil tiga jam tangan jenama Rolex dan sebentuk cincin emas sebelum melarikan diri. Mangsa mengalami luka dan kerugian dianggarkan RM400,000," katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Susulan itu pihaknya sedang giat mengesan semua suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 397/397 Kanun Keseksaan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!