Pemandu lori maut dihempap papan tanda

Kemalangan maut membabitkan seorang pemandu lori jenis Hino yang berlaku di Lebuhraya Persekutuan susur keluar ke Icon City pada jam 11.20 pagi, Khamis.
Kemalangan maut membabitkan seorang pemandu lori jenis Hino yang berlaku di Lebuhraya Persekutuan susur keluar ke Icon City pada jam 11.20 pagi, Khamis.
A
A
A

PETALING JAYA - Polis sedang mengesan saksi kemalangan maut membabitkan seorang pemandu lori jenis Hino yang berlaku di Lebuhraya Persekutuan susur keluar ke Icon City pada jam 11.20 pagi, Khamis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pemandu berkenaan dipercayai telah melanggar papan tanda yang mempunyai ketinggian tidak melebihi 2.1 meter.

“Akibat perlanggaran tersebut papan tanda patah dan menghempap bahagian hadapan lori tersebut.

“Pemandu merupakan seorang lelaki warganegara asing berumur 59 tahun disahkan maut di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, siasatan diteruskan di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Kepada sesiapa yang melihat atau berada di tempat kejadian, mohon tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Navalan Ravindran di talian 014-253 6820 bagi membantu siasatan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!