Jalan tidak rata bahayakan orang ramai

Keadaan jalan tidak rata dan berlubang di Pekan Nanas. Gambar dari kiri: Pak Tam dan Fakhrul
Keadaan jalan tidak rata dan berlubang di Pekan Nanas. Gambar dari kiri: Pak Tam dan Fakhrul
A
A
A

PONTIAN - Penduduk setempat yang sering menggunakan laluan Skudai-Pontian dekat Pekan Nanas seakan sudah terbiasa dengan keadaan jalan rosak, berlubang dan tidak rata meskipun sudah ditampal berulang kali.

Tinjauan Sinar Harian di sepanjang laluan Pekan Nanas mendapati terdapat banyak kesan tampalan jalan yang tidak rata bagi menutup kesan lopak dan penutup lubang kumbahan di tengah jalan.

Laluan bermasalah sepanjang kira-kira empat kilometer dari persimpangan lampu isyarat Taman Utama Pekan Nanas menghala ke persimpangan lampu isyarat Gelang Patah dan Skudai itu didakwa kerap digunakan oleh kenderaan berat.

Selain jumlah kenderaan yang bertambah pada waktu puncak sebelah pagi dan petang menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas.

Fakhrul Azrin, 22, yang merupakan penghantar makanan berkata, keadaan jalan yang tidak rata disebabkan terdapat banyak kesan tampalan mengundang risiko berlaku kemalangan melibatkan penunggang motosikal.

“Kawasan di sini adalah laluan utama kenderaan berat dan penduduk yang berulang alik bekerja di Johor Bahru atau Gelang Patah.

“Keadaan laluan di sini cukup merbahaya kepada penunggang motosikal terutama ketika hujan dan waktu malam,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!