Santos puas hati Portugal menang

Pemain Portugal Goncalo Guedes berjaya melepasi kawalan pertahanan Republik Czech pada aksi Liga Negara-Negara UEFA di Estadio Jose Alvalade pada Jumaat. -Foto Reuters
Pemain Portugal Goncalo Guedes berjaya melepasi kawalan pertahanan Republik Czech pada aksi Liga Negara-Negara UEFA di Estadio Jose Alvalade pada Jumaat. -Foto Reuters
A
A
A

PENGENDALI Portugal, Fernando Santos berpuas hati dengan aksi dipamerkan kesebelasan utama pemain hingga menghasilkan kemenangan 2-0 ke ketika berdepan Republik Czech pada aksi Liga Negara-Negara UEFA, pada Jumaat.

Menurut Santos, kemenangan berkenaan nyata cukup berharga buat pasukannya untuk terus mendominasi Kumpulan 2, bagi saingan Liga A.

“Kemenangan ini sungguh berharga untuk kami mengukuhkan kedudukan selain terus berada di puncak.

“Oleh itu, momentum kemenangan ini diharap berterusan untuk kami mencatatkan lebih banyak kejayaan selepas ini,” katanya.

Pada perlawanan berkenaan, Joao Cancelo membuka jaringan buat Portugal pada minitke-33 sebelum Goncalo Guedes menambah jaringan pada minit ke-38 bagi memastikan kemenangan.

Kemenangan itu menyaksikan Portugal meraih tujuh mata dan berada di puncak Kumpulan 2, ketika ini.

Sementara itu Santos berkata, skuad kendaliannya itu seharusnya menjaringkan lebih banyak gol pada perlawanan berkenaan, namun jentera serangan dilihat gagal memanfaatkan peluang di depan gawang lawan.

Justeru katanya, jentera serangan pasukan perlu lebih ‘tajam’ ketika di depan gawang lawan dalam usaha meledak jaringan.

“Kita seharusnya menjaringkan lebih banyak gol. Tetapi tidak mengapa kerana kita sudah pun berjaya menjaringkan dua gol bagi memenangi perlawanan ini.

“Oleh itu, pemain perlu kekal fokus bagi mengharungi perlawanan seterusnya selepas ini,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!