Dua pekerja terjatuh dalam tangki coklat

Beberapa kenderaan pihak berkuasa berada di luar kilang gula-gula Mars Wrigley, Elizabethtown pada Khamis. - Foto WHP
Beberapa kenderaan pihak berkuasa berada di luar kilang gula-gula Mars Wrigley, Elizabethtown pada Khamis. - Foto WHP
A
A
A

NEW YORK - Dua pekerja berjaya diselamatkan pada Khamis selepas terjatuh ke dalam tangki coklat di kilang gula-gula Mars Wrigley di Pennsylvania, lapor media Amerika Syarikat (AS).

Kedua-duanya tidak dapat keluar dari tangki tersebut yang mana mereka dilaporkan berdiri separas pinggang dalam muatan coklat sehingga diselamatkan, menurut laporan.

Rakaman media tempatan di lokasi kejadian menunjukkan sejumlah anggota polis dan kenderaan kecemasan berada di luar kilang milik sebuah syarikat coklat di bandar Elizabethtown timur laut AS.

Pekerja itu dibawa ke hospital tetapi keadaan mereka tidak diketahui, kata media tempatan.

Setakat ini, punca yang menyebabkan dua pekerja itu terjatuh ke dalam tangki tersebut masih belum diketahui.

Lima anggota bomba telah berjaya menarik mereka keluar dari tangki, kata Brad Wolfe iaitu penyelia komunikasi untuk penghantaran daerah Lancaster.

Pihak berkuasa telah dipanggil untuk membantu kerja-kerja menyelamat manakala Pentadbiran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan sedang menyiasat kejadian tersebut. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!