Saka ketepi latihan bertemu Charles, Camilla di Istana Buckingham

Putera Charles bertanyakan sesuatu kepada Saka di Istana Buckingham.
Putera Charles bertanyakan sesuatu kepada Saka di Istana Buckingham.
A
A
A

BINTANG sensasi Arsenal, Bukayo Saka diberi cuti sehari daripada latihan bersama skuad England bagi membolehkannya mengambil peluang sekali dalam seumur hidup bertemu Prince of Wales, Putera Charles dan isteri Camilla, Duchess of Cornwall di Istana Buckingham.

“Adalah satu penghormatan untuk dijemput ke sini. Jelas sekali saya tahu betapa berharganya dapat berada di sini untuk bertemu keluarga diraja.

“Jadi saya perlu berterima kasih kepada Gareth Southgate kerana membenarkan saya berbuat demikian kerana ini adalah peluang sekali seumur hidup," katanya.

“Saya tidak perlu meyakinkan Gareth mengenainya, dia faham betapa pentingnya dan istimewanya jemputan ini. Malah dia juga gembira saya menerima jemputan kerana tidak semua orang mendapat penghormatan untuk dijemput ke sini. Ia adalah sesuatu yang saya akan ingat selama-lamanya," kata peledak berusia 20 tahun The Gunners kendalian Mikel Arteta itu.

Untuk rekod, Saka adalah antara dalam kalangan 500 tetamu jemputan pada majlis resepsi yang dianjurkan oleh pasangan diraja untuk meraikan sumbangan rakyat Komanwel di United Kingdom.

Skuad The Three Lions sedang bersiap sedia untuk bertemu Itali diikuti Hungary dalam Liga Negara-Negara Eropah selepas ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!