Pencemaran radioaktif Fukushima merebak sehingga Alaska

Paras itu dilaporkan masih rendah untuk mengancam kesihatan manusia.
Paras itu dilaporkan masih rendah untuk mengancam kesihatan manusia.
A
A
A

ANCHORAGE - ALASKA. Pencemaran radioaktif dari loji nuklear Fukushima Daiichi yang dilanda bencana berganda pada 2011 telah merebak sehingga luar perairan pulau terpencil Alaska di Selat Bering.

Menurut saintis, analisis ke atas air laut yang diambil pada tahun lalu berhampiran Pulau St Lawrence pada tahun lalu menunjukkan sedikit peningkatan paras radioaktif Cesium-137 yang dikaitkan dengan bencana Fukushima.

"Cesium-137 dalam air laut itu adalah empat persepuluh sama tinggi paras isotop yang ditemui di Lautan Pasifik," kata agen penasihat marin Sea Grant, Gay Sheffield.

Paras itu bagaimanapun masih rendah untuk mengancam kesihatan, satu titik penting untuk penduduk tinggal di Laut Bering yang bergantung dengan sumber makanan laut.

Tahap Cesium-137, kira-kira 3,000 lebih tinggi daripada paras yang ditemui di Laut Bering dianggap selamat untuk kegunaan manusia di bawah standard air minuman ditetapkan Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat.

Gempa 9.0 skala Richter dan tsunami pada Mac 2011 telah menjejaskan loji nuklear Fukushima Daiichi dan membebaskan sisa radioaktif yang memaksa 160,000 penduduk berpindah.

Ia adalah bencana nuklear terburuk sejak bencana Chernobyl yang berlaku 25 tahun lebih awal. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!