Wanita AS 'bangga' miliki kuku disimpan selama 30 tahun
Cordelia menyimpan kuku sejak 30 tahun lalu. - Agensi
A
A
A
Laman berita Oddity Central melaporkan, Cordelia yang mula menyimpan kuku sejak tahun 1989 ketika menjadi jururias kuku menyatakan dia sudah terbiasa melakukan semua kerja seharian di rumah tanpa mematahkan kuku panjangnya itu.
"Perkara yang seronok apabila anda menjadi perhatian kerana mempunyai kuku panjang yang luar biasa," kata Cordelia yang memberitahu Truly dan menambah perkara paling tidak disukainya apabila orang ramai menanyakan soalan 'tidak sopan' seperti bagaimana dia menjaga diri atau makan menggunakan kukunya.
Wanita yang berasal dari Indiana, Amerika Syarikat (AS) menyatakan semasa mula menjaga kuku menjadi panjang seperti hari ini, dia telah melakukan semua kerja harian seperti orang lain tanpa merosakkan 'khazanah' pentingnya itu.
Malah, Cordelia sudah mahir belajar cara menulis, memandu kereta dan memegang barangan di tangannya meskipun sepuluh kukunya kelihatan terjurai semasa melakukan aktiviti tersebut.
"Kadang-kadang kuku menghalang pandangan mata, jadi jika saya hendak memegang sesuatu, semua yang dipegang itu seperti hilang akibat terlindung daripada kuku," katanya.
Walaupun wanita itu boleh melakukan banyak benda seperti orang lain, dia masih perlu membiasakan diri untuk menyeret jari untuk menjawab penggilan telefon, menaip mesej dan membasuh baju demi menjadikan hidupnya lebih selesa. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!