PSG sambar khidmat Campos
LUIS Campos menyertai Paris St Germain (PSG) sebagai penasihat bagi mengawasi pengambilan para pemain kelab itu, kata juara Ligue 1Perancis tersebut.
“Paris St Germain dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Luis Campos berusia 57 tahun telah menyertai kelab sebagai penasihat berkuat kuasa serta-merta.
“Campos akan memberi tumpuan kepada prestasi, pengambilan dan bahagian organisasi pasukan profesional lelaki,” kata PSG dalam satu kenyataan.
Semasa di AS Monaco, Campos yang bertindak sebagai pengarah sukan pada 2013-16, merekrut para pemain seperti Kylian Mbappe dan Bernardo Silva sebelum membantu Lille memenangi kejuaraan Ligue 1 pada 2020.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!