Penoreh menang barangan runcit RM4,000

Lima pemenang hadiah utama cabaran beli- belah Petron dan membawa pulang barangan runcit bernilai RM4,000, semalam.
Lima pemenang hadiah utama cabaran beli- belah Petron dan membawa pulang barangan runcit bernilai RM4,000, semalam.
A
A
A

KUANTAN - Seorang penoreh getah menzahirkan rasa kesyukuran apabila terpilih memenangi cabaran membeli belah sekali gus membawa pulang pelbagai barangan runcit yang dianggarkan berjumlah RM4,000.

Abdul Manap Salleh, 50, yang tinggal di Ulu Sungai, Raub, berkata, kebanyakan barangan yang diambil adalah keperluan harian seperti milo, beras, minyak masak dan juga makanan kucing.

“Saya gembira sebab ada penghargaan sebegini dan dapat juga meringankan beban saya untuk memberi barang keperluan dalam sebulan dua ini.

“Sekurang-kurangnya kesetiaan yang saya menggunakan minyak pertol jenama Petron sejak 1997 lagi berbaloi,” katanya.

Dia antara lima pemenang hadiah utama cabaran beli belah Petron Hypermarket Sweep dan membawa pulang barangan runcit bernilai RM4,000,semalam.

Jelasnya, dia menggunakan minyak petrol jenama itu bukan sahaja untuk kereta dan motosikal tetapi juga untuk mesin rumput.

Katanya, sebulan dia memperuntukkan RM1,000 bagi tujuan mengisi petrol masing-masing tiga kereta dan motosikal serta dua mesin rumput miliknya “Kualiti (petrol) Petron ini berbeza dengan jenama lain kerana keadaan enjin kereta bertambah baik sejak menggunakannya dan tidak mempunyai sebarang masalah. Saya sebenarnya tidak sangka mengisi minyak petrol pun mampu mendapat ganjaran dan hadiah yang sebegini hebat," katanya.

Artikel Berkaitan:

Abdul Manap bersama barangan keperluan harian yang berjaya dimenanginya dalam cabaran itu.
Abdul Manap bersama barangan keperluan harian yang berjaya dimenanginya dalam cabaran itu.

Seorang lagi pemenang hadiah utama, Amirul Arizal Zahari, 29, berkata,semua rezeki yang diperolehi hari ini akan dikongsikan bersama rakan dan sepupunya. Katanya, dia mengajak sahabat dan sepupu menyertai cabaran tersebut sebaik sahaja mendapat panggilan telefon daripada syarikat terbabit.

“Jadi saya mahu mereka rasai juga kegembiraan ini bersama-sama..sekurang-kurangnya dapat membantu mereka mendapatkan barangan keperluan masing-masing," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Dagangan Runcit dan Komersial Petron Malaysia, Choong Kum Choy berkata, Pahang adalah destinasi keempat penganjuran cabaran berkenaan selepas Selangor, Johor dan Pulau Pinang.

Menurutnya, sebanyak 15 pasukan terbabit di mana lima pasukan memenangi hadiah utama iaitu membawa pulang barangan runcit bernilai RM4,000, lima lagi pasukan memenangi hadiah saguhati (RM3,000) dan lima lagi pasukan hadiah saguhati RM1,000.

“Cabaran ini adalah salah satu program yang memberi ganjaran kepada pelanggan setia kami dan ia memberi lebih banyak nilai serta penjimatan melalui kad Petron Miles.

“Kami amat berbesar hati kerana dapat meneruskan kerjasama dengan pasaraya Giant untuk program ini dan diharapkan semua penemang melalui pengalaman yang gembira bersama Petron," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!