'Muzikal Moyang Salleh' teater pertama dipentaskan di Istana Budaya tahun ini

‘Muzikal Moyang Salleh’ yang dijadualkan pada hujung Ogos ini, merupakan teater pertama yang akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya tahun ini.
‘Muzikal Moyang Salleh’ yang dijadualkan pada hujung Ogos ini, merupakan teater pertama yang akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya tahun ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - ‘Muzikal Moyang Salleh,’ yang dijadualkan pada hujung Ogos ini, merupakan teater pertama yang akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya tahun ini.

Pementasan teater muzikal itu berdasarkan legenda figura seorang pemimpin bernama Moyang Salleh yang mengetengahkan konsep perjuangan, pengorbanan, seni dan budaya masyarakat Melayu Negeri Sembilan suatu ketika dahulu.

Undang Luak Jelebu Datuk Maarof Mat Rashad menjadi Penaung Diraja Kehormat bagi teater muzikal itu manakala Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri sebagai Penaung Kehormat.

Teater muzikal arahan Roslee Mansor dan terbitan Siti Salbiah Zahari itu dibintangi barisan pelakon terkemuka tanah air seperti Datuk Ahmad Tarmimi Siregar serta Khir Rahman.

Berdurasi sejam 45 minit, pementasan teater Muzikal Moyang Salleh akan bermula pada 26 Ogos dan berakhir pada 31 Ogos dari 8.45 malam hingga 10.30 malam.

Tiket bagi menyaksikan teater muzikal itu akan mula dijual minggu depan. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!