Bayi lelaki dijumpai di bilik persalinan lampin
Bayi lelaki itu dipercayai ditinggalkan di dalam bilik yang terletak di aras bawah pasaraya berkenaan.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, bayi yang sihat tubuh badan itu dibalut dengan tuala berwarna putih sebelum ditinggalkan.
Menurutnya, bayi berkenaan dijumpa seorang wanita berusia 45 tahun kira-kira jam 5.40 petang.
"Ketika dijumpai, bayi itu masih bernyawa dan bertali pusat. Keadaannya juga sempurna dan sihat. Penolong pegawai perubatan yang tiba di lokasi telah membawa bayi berkenaan ke Hopsital Pulau Pinang untuk pemeriksaan dan rawatan.
"Kepada mereka yang mempunyai maklumat tentang ibu atau keluarga kepada bayi ini, di minta salurkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi tadi.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!