Bekalan ayam, daging dan barang keperluan cukup sehingga Aidiladha

Rosol (kiri) diiringi Mohd Hairul Anuar (tengah) melakukan tinjauan sempena Program Jualan Keluarga Malaysia di Pasar Raya Lotus Tebrau, Johor Bahru, pada Ahad.
Rosol (kiri) diiringi Mohd Hairul Anuar (tengah) melakukan tinjauan sempena Program Jualan Keluarga Malaysia di Pasar Raya Lotus Tebrau, Johor Bahru, pada Ahad.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi jaminan bekalan ayam, daging dan barang keperluan harian cukup sehingga Hari Raya Aidiladha bulan depan.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata, jaminan itu sudah diberikan

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan masyarakat tidak perlu bimbang mengenai bekalan barang harian tersebut.

"Kami dapat maklumat daripada MAFI bahawa bekalan mencukupi. Jadi, tiada isu. Bagaimanapun pemantauan di pasar raya seluruh negara tetap dilakukan oleh 2,000 anggota penguat kuasa KPDNHEP, supaya tidak terjadi kekurangan bekalan.

"Rakyat juga diminta segera menyalurkan maklumat kepada pihak kementerian sekiranya berlaku kekurangan bekalan di pasaran untuk tindakan segera, bukan memuat naik (dakwaan) dalam media sosial sendiri," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan sempena Program Jualan Keluarga Malaysia di Pasar Raya Lotus Tebrau di sini, pada Ahad.

Hadir sama Pengarah KPDNHEP Johor, Mohd Hairul Anuar Bohro.

Sementara itu Rosol berkata, pemantauan bukan sahaja dibuat oleh anggota penguat kuasa KPDNHEP tetapi dibantu oleh persatuan pengguna dan rakyat sendiri.

Dalam pada itu Rosol berkata, sehingga hari ini, Program Jualan Keluarga Malaysia merekodkan hasil jualan mencecah RM54 juta yang dilaksanakan sudah lebih 1,702 lokasi seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak sejak hujung tahun lalu.

"Sepanjang pelaksanaan program ini, pelbagai barangan keperluan harian dijual dengan harga istimewa sehingga 20 peratus lebih murah berbanding harga pasaran setempat.

"Di peringkat negeri Johor sehingga 4 Jun lalu, program tersebut dilaksanakan di 273 lokasi meliputi semua kawasan parlimen di Johor termasuk kawasan pembangkang dengan jumlah jualan mencecah RM7.1 juta," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!