10,000 askar Ukraine mati sejak Februari lalu

Ukraine kehilangan ramai askarnya ketika bertempur dengan tentera Rusia. - Foto AFP
Ukraine kehilangan ramai askarnya ketika bertempur dengan tentera Rusia. - Foto AFP
A
A
A

KIEV - Tentera Ukraine mengaku negara itu kehilangan kira-kira 10,000 anggotanya sejak Rusia menyerang negara tersebut pada Februari lalu.

Pendedahan itu diumumkan buat pertama kali oleh Alexey Arestovich iaitu penasihat Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy kepada media, pada Jumaat lalu.

Dalam temu bual dengan aktivis dan YouTuber Mark Feygin, Arestovich mendedahkan bahawa semasa permulaan konflik, seramai 100 anggota mati pada setiap hari secara purata.

Beliau mendakwa, Jumaat adalah hari luar biasa untuk tentera Ukraine kerana 600 anggota mati dalam tempoh satu hari.

Feygin bertanya sama ada ia boleh, berdasarkan pengiraan itu adakah 10,000 anggota tentera Ukraine telah telah terkorban dalam perang dengan tentera Rusia.

“Ya, sesuatu seperti itu,” jawab Arestovich.

Moscow melancarkan serangan ke atas Ukraine pada 24 Februari lalu dengan alasan untuk menghalang genosid terhadap etnik Rusia di negara berkenaan. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!