Empat kedai serbaneka di Kajang, Bangi henti penjualan arak

Bilal (kiri) mengetuai Isma Bangi turut mengunjungi sebuah lagi kedai serbaneka di Taman Kajang Mewah untuk menyerahkan surat bantahan.Foto kecil: Tangkap layar Facebook ISMA Bangi
Bilal (kiri) mengetuai Isma Bangi turut mengunjungi sebuah lagi kedai serbaneka di Taman Kajang Mewah untuk menyerahkan surat bantahan.Foto kecil: Tangkap layar Facebook ISMA Bangi
A
A
A

SHAH ALAM - Penjualan arak di kedai serbaneka sekitar Bangi dan Kajang berjaya dihentikan selepas mendapat bantahan daripada Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) pada Ramadan lalu.

Yang Dipertua Isma Bangi, Bilal Jailani berkata, tinjauan di lima kedai serbaneka di kawasan berkenaan mendapati empat daripadanya telah menghentikan penjualan arak di premis mereka.

“Tindakan menghentikan jualan arak ini menunjukkan mereka cakna kepada suara-suara NGO (badan bukan kerajaan) dan komuniti,” katanya menerusi laman di Facebooknya pada Ahad.

Dalam pada itu, Bilal memaklumkan Isma Bangi turut mengunjungi sebuah lagi kedai serbaneka di Taman Kajang Mewah untuk menyerahkan surat bantahan penjualan minuman keras di premis itu.

“Diharap mereka dapat menyahut seruan kami dan perjuangan membantah penjualan arak perlu diteruskan di semua komuniti.

“Arak adalah musuh seluruh manusia, merentas umur, bangsa serta agama dan teruskan berkempen bersama Isma,” katanya.

Penyerahan surat bantahan penjualan arak di kedai serbaneka adalah antara sebahagian usaha Isma melalui kempen ‘Malaysia Sejahtera Tanpa Arak’ dilancarkan pada 5 Februari lalu.

Kempen bersama Yayasan Maghfirah ini mendapat sokongan beberapa NGO antaranya Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Persatuan Kebajikan Darul Islah Selangor (Perkid), Malaysia Alliance of Civil Society Organisation (MACSA) dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!