Kaji hukuman banduan akhir: Wan Junaidi

Wan Junaidi semasa sidang media khas berkenaan pemansuhan hukuman mati mandatori di Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) pada Isnin. - Foto Bernama
Wan Junaidi semasa sidang media khas berkenaan pemansuhan hukuman mati mandatori di Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) pada Isnin. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan mewujudkan satu tribunal bagi mengkaji hukuman terhadap banduan akhir selepas pindaan pemansuhan hukuman mati mandatori diselesaikan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) (BHEUU), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, setakat ini terdapat 1,342 orang banduan telah dijatuhkan hukuman mati.

"Dalam hal ini, moratorium pelaksanaan hukuman mati masih dikekalkan sehingga tindakan susulan berkaitan pelaksanaan pemansuhan hukuman mati termasuk akta-akta berkaitan dilaksanakan," katanya.

Menurutnya, BHEUU dan Jabatan Peguam Negara (AGC) akan mengkaji dan meneliti kebolehlaksanaan syor-syor yang dikemukakan untuk banduan tersebut.

"Cadangan mereka adalah penubuhan Panel Khas yang terdiri daripada hakim Mahkamah Persekutuan dan Rayuan namun perkara ini perlu penelitian memandangkan ia menyentuh isu keperlembagaan," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya, dekat sini pada Isnin.

Sebelum ini, pelaksanaan hukuman mati banduan akhir ditangguhkan berikutan pengumuman moratorium oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) sejak 2018 yang mahu mengkaji hukuman mati sebagai langkah reformasi perundangan negara.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!