Jambatan Kampung Kerinting ditutup
GUA MUSANG - Hujan yang berlarutan sejak semalam menyebabkan jambatan Kampung Kerinting ditutup kepada semua kenderaan.
Jurutera Jajahan Jabatan Kerja Raya (JKR) Gua Musang, Fadhil Wafi Nordin berkata, langkah itu diambil setelah jambatan itu ditenggelami air.
"Paras air Sungai Galas mulai naik sejak awal pagi tadi sehingga menenggelamkan seluruh sktruktur jambatan.
"Kedalaman paras air kini adalah 0.2 meter di atas jambatan. Pengguna laluan disarankan agar menggunakan laluan alternatif untuk ke bandar," katanya.
Menurutnya, makluman penutupan jalan itu dikeluarkan pada jam 11.30 pagi ini.
"Selain jambatan berkenaan, laluan ke Kampung Tiong juga turut ditenggelami air menyebabkan penduduk perlu menggunakan jalan alternatif untuk ke bandar Gua Musang.
"Laluan akan dibuka semula selepas air menunjukkan tren menurun," katanya.
Bagaimanapun, tinjauan Sinar Harian pada jam 11.30 pagi menunjukkan keadaan air mulai surut.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!