PRK Rantau: SPRM lancar bilik gerakan
Petugas SPR membuat persiapan menjelang PRK.
A
A
A
SPRM dalam satu kenyataan berkata, bilik gerakan itu bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada PRK tersebut.
"Bilik gerakan PRK N27 DUN Rantau yang beroperasi 24 jam itu akan ditempatkan di SPRM Negeri Sembilan, Peti Surat 6000, Jalan Dato' Kelana Ma'amor, 70700 Seremban, Negeri Sembilan.
'Selain itu, orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan rasuah dan salah guna kuasa melalui emel kepada prkrantau@sprm.gov.my atau menghubungi talian 06-763 9008 atau 013-5180873 dan faks 06-761 6897," kata kenyataan itu.
Dalam pada itu, SPRM turut mengingatkan semua calon dan parti politik yang bertanding agar tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya selaras dengan Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012).
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!