Ayam ternakan di Thailand diberi makan ganja

Gambar hiasan - Foto 123rf
Gambar hiasan - Foto 123rf
A
A
A

BANGKOK - Sebuah komuniti penternakan di Lampang, utara Thailand menyediakan ganja sebagai makanan untuk ayam ternakan mereka selepas mendakwa ia dapat meningkatkan kualiti daging dan telur.

Presiden Perusahaan Komuniti Peth Lanna, Sirin Chaemthet memaklumkan eksperimen tersebut dijalankan dengan kerjasama Fakulti Pertanian di Universiti Chiang Mai.

"Kesan ganja lebih baik berbanding antibiotik.

Tahap imuniti ayam ternakan itu untuk melawan penyakit juga meningkat selain dapat bertahan walaupun dalam keadaan cuaca buruk," ujarnya.

Menurutnya, perusahaan berkenaan telah menjual daging ayam dan telur pada harga 100 baht (RM12) sekilo dan 6 baht (80 sen) untuk setiap satu produk tersebut menerusi laman web mereka.

Sirin juga menjelaskan nasi ayam yang dimasak daripada ayam diberi makan ganja menerima respons yang positif daripada kebanyakan pembeli.

"Kami merancang untuk menjual ayam panggang pula pada masa akan datang.

Produk ini mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pengguna yang mahu makanan organik dan sihat," tambahnya lagi. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!