Najib luang masa sarapan bersama rakyat di KB

Mohd Najib (dua, kiri) beramah mesra dengan penduduk Kota Bharu pagi tadi.
Mohd Najib (dua, kiri) beramah mesra dengan penduduk Kota Bharu pagi tadi.
A
A
A

KOTA BHARU – [DIKEMASKINI] Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak meluangkan masa setengah jam bersarapan pagi bersama penduduk Kota Bharu di Ayang Cafe di sini, hari ini.

Beliau tiba jam 9.25 pagi diiringi Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan disambut Ketua Penerangan Umno Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad serta ratusan penyokongnya.

Laungan ‘bossku’ menyambut ketibaan Mohd Najib yang kelihatan lebih santai berswafoto bersama rakyat yang hadir ke kafe berkenaan sejak awal pagi.

Ahmad Jazlan berkata, kehadiran bekas perdana menteri itu ke Kelantan bagi memenuhi undangan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) untuk merasmikan program di Bachok, pada malam ini.

“Jadual lawatan beliau tidak ditetapkan oleh kami dan Datuk Seri Najib sendiri menynyatakan hasrat untuk datang lebih awal kerana mahu sarapan di sini dan kemudiannya bertemu serta bertanya khabar rakyat dan peniaga di Pasar Siti Khadijah.

“Sambutan rakyat kali ini amat mengagumkan walaupun kita tak rancang dan kunjungan beliau ini secara spontan nak bertemu rakyat Kelantan di beberapa lokasi hari ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Selepas sarapan pagi, Mohd Najib melawat Pasar Siti Khadijah sebelum solat Jumaat di Masjid Muhammadi dan mengadakan pertemuan bersama pemimpin Umno di bangunan Umno sebelum memenuhi undangan merasmikan Gegar Boxing Pantai Timur di Pantai Irama, Bachok.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!