MTAR lahirkan 82 huffaz al-Quran

Barisan tenaga pengajar dan pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Arraudhah (MTAR), Perol, Kota Bharu.
Barisan tenaga pengajar dan pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Arraudhah (MTAR), Perol, Kota Bharu.
A
A
A

KOTA BHARU - Maahad Tahfiz Al-Quran Arraudhah (MTAR), Perol di sini berjaya melahirkan 82 huffaz al-Quran yang sudah menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di universiti dalam dan luar negeri.

Pengetuanya, Mohd Zainudin Awang Seman berkata, MTAR yang ditubuhkan pada tahun 2007 telah memperkemaskan kaedah pembelajarannya selepas tiga tahun beroperasi, merangkumi gabungan tahfiz dan akademik selaras peredaran masa hingga berjaya melahirkan 82 huffaz cemerlang akademik sejak tahun 2015.

“MTAR juga berdaftar dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK),” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Tambahnya, potensi MTAR yang berkembang membawa kepada pertambahan pelajar di Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima setiap tahun.

Pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Arraudhah (MTAR), Perol, Kota Bharu sedang mengikuti kelas hafazan al-Quran.
Pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Arraudhah (MTAR), Perol, Kota Bharu sedang mengikuti kelas hafazan al-Quran.

Jelasnya, keadaan itu menyebabkan kepadatan terhadap fasiliti kantin di maahad tersebut dan perlu dibina sebuah kantin baharu yang dianggarkan menelan belanja RM50,000.

“Kantin sedia ada hanya dapat menampung 20 pelajar pada satu-satu masa sedangkan ketika ini ada 61 pelajar dan dijangka meningkat ke 80 pelajar sedikit masa lagi,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh salurkan ke akaun Bank Islam bernombor 0312-001001-4432 atas nama Maahad Tahfiz Al-Quran Arraudhah.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!