Arab Saudi tetapkan peraturan baharu bakal jemaah haji dari barat
Ia merupakan satu langkah yang bertujuan untuk membanteras agensi pelancongan palsu.
Sistem baharu itu dilaksanakan ketika kerajaan Arab Saudi bersiap sedia menyambut 850,000 umat Islam dari luar negara untuk menunaikan ibadat haji.
Sebelum ini, umat Islam di luar Arab Saudi dilarang daripada menunaikan haji kerana pandemik Covid-19.
Permohonan visa itu terpakai kepada Amerika Syarikat (AS), Kanada, United Kingdom, Eropah dan Australia, kata salah seorang pegawai yang tidak mahu namanya disiarkan kepada AFP.
Sebelum ini, jemaah haji boleh mendaftar melalui agensi pelancongan yang menganjurkan perjalanan haji, sistem yang kadangkala membawa kepada penipuan dengan agensi palsu mengambil alih wang mangsa, kata seorang lagi pegawai.
Arab Saudi mengumumkan pada April lalu bahawa ia akan membenarkan satu juta umat Islam dari dalam dan luar negara untuk menyertai ibadat haji tahun ini.
Sebelum ini, 290 bakal jemaah haji kumpulan pertama dari Turki tiba di Makkah pada Ahad lalu. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!