Malaysia lawan Bangladesh: Perkhidmatan LRT dilanjutkan malam ini

Perkhidmatan tren LRT laluan Ampang dan Sri Petaling di Stesen LRT Bukit Jalil dilanjutkan sempena Kelayakan Piala Asia 2023 antara Malaysia dan Bangladesh di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini. - Foto 123RF
Perkhidmatan tren LRT laluan Ampang dan Sri Petaling di Stesen LRT Bukit Jalil dilanjutkan sempena Kelayakan Piala Asia 2023 antara Malaysia dan Bangladesh di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini. - Foto 123RF
A
A
A

SHAH ALAM - Perkhidmatan tren Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Ampang dan Sri Petaling di Stesen LRT Bukit Jalil akan dilanjutkan sempena perlawanan Kelayakan Piala Asia 2023 antara Malaysia dan Bangladesh di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

Rapid KL menerusi hantaran di Facebook berkata, tren terakhir menuju ke Sentul Timur akan berlepas pada jam 12.03 tengah malam.

"Tren terakhir menuju ke Putra Heights pula akan berlepas pada jam 12.44 tengah malam

"Tren tambahan akan disediakan bagi membawa penumpang setelah selesai perlawanan," katanya.

Menurutnya, penumpang boleh meneruskan perjalanan ke LRT Laluan Kelana Jaya di Stesen Masjid Jamek dan ke Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Kajang di Stesen Plaza Rakyat.

"Ayuh kita ke stadium, jom sokong Skuad Harimau Malaya," tambahnya.

Pada Isnin, Sinar Harian melaporkan Malaysia tidak boleh tercicir mata ketika berdepan Bangladesh pada perlawanan terakhir kumpulan E saingan Kelayakan Piala Asia 2023 malam ini.

Penyerang negara, Muhammad Syafiq Ahmad berkata, pertembungan itu adalah peluang keemasan buat Skuad Harimau Malaya untuk melayakkan diri ke Piala Asia 2023.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!