PM seru Keluarga Malaysia derma darah

Foto Facebook Ismail Sabri Yaakob
Foto Facebook Ismail Sabri Yaakob
A
A
A

KUALA LUMPUR - Keluarga Malaysia diseru menderma darah agar insan yang memerlukan bekalan darah berjaya diselamatkan dan sihat kembali dengan baik serta sejahtera.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, menderma darah juga menunjukkan bukti sumbangan tidak mengira warna kulit dan merupakan dasar kasih sayang serta perpaduan yang tersulam di negara ini.

"Derma darah mampu menyelamatkan nyawa insan yang memerlukan. Di hospital-hospital para doktor dan jururawat berusaha dengan penuh dedikasi untuk memastikan setiap pesakit yang memerlukan menerima jumlah darah yang mencukupi demi menyelamatkan nyawa.

"Selamat Hari Penderma Darah Sedunia. Jom derma darah demi menyelamatkan ahli Keluarga Malaysia,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Hari Derma Darah Sedunia disambut pada 14 Jun setiap tahun. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!