YBR serah bantuan awal kepada 160 pelajar UNIMAS, UiTM Sarawak

Megat Zulkarnain (dua dari kanan) menyampaikan replika cek kepada Rektor UiTM Sarawak, Profesor Datuk Dr Jamil Hamali pada majlis penyerahan bantuan awal pengajian Yayasan Bank Rakyat pada Selasa.
Megat Zulkarnain (dua dari kanan) menyampaikan replika cek kepada Rektor UiTM Sarawak, Profesor Datuk Dr Jamil Hamali pada majlis penyerahan bantuan awal pengajian Yayasan Bank Rakyat pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Yayasan Bank Rakyat (YBR) memperuntukan sejumlah RM160,000 bagi membantu pelajar daripada Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak sebagai persediaan awal memasuki sesi baharu pengajian.

YBR menerusi kenyataan pada Selasa memaklumkan, seramai 160 pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah menerima RM1,000 setiap seorang khusus kepada pelajar yang melanjutkan pengajian ke peringkat diploma dan ijazah sarjana muda.

Replika cek bantuan disampaikan Pengerusi YBR, Datuk Megat Zulkarnain Omardin kepada Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi dan Rektor UiTM Sarawak, Profesor Datuk Dr Jamil Hamali dalam majlis berasingan.

Sementara itu dalam ucapannya, Megat Zulkarnain berharap lebih ramai agensi atau badan bukan kerajaan tampil dan mengikut jejak langkah YBR dengan membantu menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan, khususnya masyarakat luar bandar.

Megat Zulkarnain (duduk tengah) bergambar bersama pelajar yang menerima bantuan YBR selepas majlis penyerahan bantuan awal pengajian Yayasan Bank Rakyat pada Selasa.
Megat Zulkarnain (duduk tengah) bergambar bersama pelajar yang menerima bantuan YBR selepas majlis penyerahan bantuan awal pengajian Yayasan Bank Rakyat pada Selasa.

"Melalui inisiatif seperti ini diharap dapat meringan beban ibu bapa yang terkesan akibat pandemik Covid-19 yang melanda seluruh negara.

"Program bantuan seperti ini sedikit sebanyak mengurangkan bebanan kewangan yang ditanggung ibu bapa dan pelajar institut pengajian tinggi (IPT) sebelum mendapat mana-mana bantuan atau dana dalam meneruskan pengajian sedia ada.

"Kami amat mengalu-alukan bantuan seperti ini kerana sekurang-kurangnya pelajar kurang berkemampuan dapat perhatian pihak luar dan memberi rasa keterujaan untuk membuat persiapan memasuki pengajian sama seperti mereka yang bernasib baik," katanya.

Sebagai rekod, seramai 3,277 pelajar telah menerima manfaat melalui bantuan awal pengajian YBR dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2.2 juta sejak 2017 manakala bagi tahun ini sebanyak RM1 juta telah diperuntukkan bagi tujuan sama.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!