Dua bot ditahan langgar syarat sah lesen

Sebuah bot nelayan kelas C ditahan kerana melanggar syarat sah lesen di kedudukan 22 batu nautika barat daya Sungai Besar pada petang Selasa.
Sebuah bot nelayan kelas C ditahan kerana melanggar syarat sah lesen di kedudukan 22 batu nautika barat daya Sungai Besar pada petang Selasa.
A
A
A

SUNGAI BESAR - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor menahan dua bot nelayan tempatan kelas C kerana melanggar syarat sah lesen di kedudukan 22 batu nautika barat daya Sungai Besar pada petang Selasa.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim V Siva Kumar berkata, dua bot nelayan itu ditahan oleh Kapal Maritim Bagan Datuk semasa rondaan rutin dan penguatkuasaan di sekitar perairan Selangor.

Menurutnya, bot nelayan pertama dikendalikan lima kru warga Indonesia termasuk tekong ditahan pada jam 1.30 petang.

"Bot nelayan kedua ditahan 15 minit berikutnya dikendalikan empat kru termasuk tekong yang kesemuanya warga Indonesia," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Siva Kumar berkata, kedua-dua bot nelayan tempatan itu disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen.

"Kru kedua-dua bot itu berumur lingkungan 22 hingga 62 tahun turut gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri dan dokumen perjalanan sah," katanya.

Menurut beliau, sembilan kru termasuk bot dan hasil tangkapan ikan dianggarkan seberat 700 kilogram dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin, Pulau Indah untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia bagi siasatan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan dokumen perjalanan sah," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!