PATI terbabas dalam parit dikejar polis

Dua wanita patah kaki manakala seorang lelaki cedera di bahu akibat kemalangan tersebut. Foto Bomba
Dua wanita patah kaki manakala seorang lelaki cedera di bahu akibat kemalangan tersebut. Foto Bomba
A
A
A

KUALA SELANGOR - Tindakan lima pendatang asing tanpa izin (PATI) melarikan diri dari polis membawa padah selepas kereta dinaiki mereka terbabas ke dalam sebuah parit di Kunci Air Kuala Selangor, Jalan Kereta Api Lama di sini, awal pagi Rabu.

Difahamkan, seramai tiga lelaki dan dua wanita yang menaiki kereta terbabit terpaksa naik ke atas bumbung kereta untuk menyelamatkan diri daripada ditenggelami air.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, sebuah jentera bersama anggota dan pegawai dikerahkan sejurus menerima panggilan pada jam 5.19 pagi.

"Setibanya di lokasi kejadian anggota mendapati sebuah kereta terbabas ke dalam parit akibat dikejar oleh pihak polis.

"Mangsa telah keluar daripada kenderaan dan menunggu di atas bumbung kereta sebelum pihak bomba sampai," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

PATI berkenaan terpaksa naik ke atas bumbung kereta untuk mengelakkan dari ditengelami air. Foto Bomba
PATI berkenaan terpaksa naik ke atas bumbung kereta untuk mengelakkan dari ditengelami air. Foto Bomba

Beliau berkata, pasukan penyelamat menggunakan pengusung 'spine board' dan memberi rawatan awal kepada semua PATI yang berusia dalam lingkungan 30-an terbabit.

Menurutnya, dua wanita berkenaan mengalami kecederaan patah kaki manakala seorang lelaki cedera di bahagian bahu akibat kemalangan tersebut.

Katanya, kesemua PATI berkenaan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!