Komuniti Mukim Kelar suburkan perpaduan
PASIR MAS - Masjid Mukim Kelar di sini mengaktifkan komuniti setempat dengan pelbagai program dalam usaha menyuburkan perpaduan dalam masyarakat.
Imam Dua Masjid Mukim Kelar, Mohd Nazir Abd Rahman berkata, dalam merealisasikan hasrat itu slogan 'Nak hidup masjid, mesti ada program diaktifkan'.
“Antara program yang dirangka melalui program ini ialah fardu ain remaja Kelar, santai pemuda Kelar, kelas pengajian warga emas dan wanita serta bermacam-macam lagi,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.
Menurutnya, melalui program ini, perpaduan dalam kalangan penduduk dapat disuburkan selain mendidik mereka mengimarahkan masjid.
Sebuah komuniti juga telah diwujudkan iaitu Komuniti Mukim Kelar yang melibatkan penyertaan beberapa buah kampung seperti Kuala Kelar, Pengkalan Rambutan, Kenjong dan beberapa buah kampung lagi di bawah Mukim Kelar.
Mohd Nazir berkata, bagi melancarkan kesemua program tersebut dana khas diperlukan dan orang ramai yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian melalui Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) 030270-10-058760 (Masjid Mukim Kelar) atau hubungi talian 012-948 8432.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!