Rafizi pun tak setuju!

Paparam skrin ciapan Rafizi, semalam.
Paparam skrin ciapan Rafizi, semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kaedah baharu bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menerima kritikan ramai.

Bekas Ahli Parlimen PKR, Rafizi Ramli berkata, beliau juga tidak setuju dengan kaedah Potongan Gaji Berjadual (PGB) yang diumumkan kerajaan itu.

"Saya faham maklum balas ramai peminjam PTPTN mengenai peraturan potongan gaji. Saya pun tak setuju," katanya melalui Twitter, semalam.

Rafizi turut berjanji akan bersuara kepada kerajaan sekiranya tiada tindakan diambil.

"Insya-ALLAH perkara ini dibawa ke peringkat dalaman dan ada penyelesaiannya nanti.

"Saya serahkan kepada kawan-kawan dalam kerajaan untuk kaji balik. Kalau tak ada perubahan saya bersuara," katanya.

Semalam, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan pihaknya akan mengemukakan nota segera kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad agar Kementerian Pendidikan mengkaji semula kaedah berkenaan.

[ARTIKEL BERKAITAN: PTPTN: Anwar hantar nota segera kepada PM]

Artikel Berkaitan:

[ARTIKEL BERKAITAN: PTPTN sedia pertimbang rayuan peminjam]

Sementara, Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan berkata, beliau mengambil maklum pandangan dan cadangan selepas pengumuman tersebut dibuat dan bersedia mempertimbangkan rayuan daripada peminjam yang memerlukan pertimbangan khas.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!