[VIDEO] Suspek rogol 19 tahun lalu dibebas dengan jaminan polis

Mior Faridalathrash
Mior Faridalathrash
A
A
A

IPOH - Lelaki yang disyaki terlibat dalam kes rogol yang di Bagan Serai 19 tahun lalu, dibebaskan dengan jaminan polis pada Khamis.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, ia susulan tempoh tahanan reman terhadap suspek berusia 40 tahun itu telah berakhir.

Menurutnya, suspek sebelum ini ditahan reman tujuh hari selepas diberkas oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman pada 9 Jun lalu.

"Suspek direman empat hari dan disambung tiga hari lagi bagi reman kedua untuk siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

"Polis kini dalam tindakan melengkapkan siasatan dan kita akan rujuk kertas siasatan kepada Pengarah Pendakwaan Negeri dalam masa terdekat," katanya ketika dihubungi di sini pada Khamis.

Media melaporkan suspek merupakan pekerja ladang diberkas oleh JSJ Bukit Aman kerana disyaki terlibat dalam kes rogol pada tahun 2003.

Pengarah JSJ, Datuk Seri Abd Jalil Hassan dalam kenyataannya berkata, hasil padanan data profil asid deoksiribonukleik (DNA), polis berjaya menyelesaikan kes rogol yang berlaku pada tahun 2003 dengan tertangkapnya suspek terbabit.

@sinarharianonline Suspek dibebaskan dengan jaminan pihak polis #fyp#TrendingNewsMalaysia#BuletinTikTok#TikTokNews#BaganSerai#Rogol original sound - Sinar Harian

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!