Aura Azman bantu Alumni SPM 1997 juarai kejohanan bola sepak

Pasukan Alumni SPM 1997 muncul juara Kejohanan Bola Sepak Alumni Maahad Muhammadi Lelaki (MML) Kota Bharu, edisi 2022.
Pasukan Alumni SPM 1997 muncul juara Kejohanan Bola Sepak Alumni Maahad Muhammadi Lelaki (MML) Kota Bharu, edisi 2022.
A
A
A

AURA legenda bola sepak negara, Azman Adnan masih berbisa apabila berjaya membantu pasukan Alumni Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 1997 muncul juara Kejohanan Bola Sepak Alumni Maahad Muhammadi Lelaki (MML) Kota Bharu, edisi 2022.

Ternyata kata-kata ‘Sek kito akek piala’ turut menaikkan semangat pasukan untuk menang bergaya mengalahkan empat lagi pasukan bertanding iaitu Alumni SPM 1995, 1996, 1998 dan Veteran MML.

Lebih membanggakan pasukan di bawah bimbingan pengurus, Mohd Khudaiwi Abdullah itu disertai kapten pasukan yang sentiasa mantap di padang, Raja Ashiff Bakhiar Raja Ariff.

Penganjuran kejohanan bola sepak itu mendapat sokongan padu daripada semua pihak termasuk dua penaja utama, Ahmad Muhaymin Abd Wahab dari Lemari Buku dan Mohd Shukri Ibrahim sebagai penaja korporat.

Kedua-dua mereka merupakan Alumi Batch SPM 1997.

Turut hadir memberi sokongan ialah alumni dari seluruh negara bertujuan membangkitkan semangat yang tinggi kepada pasukan mereka mencipta kejuaraan pada edisi tahun ini.

Hadiah pemenang disampaikan sendiri oleh Yang Dipertua Alumni MML, Mansoor Daud diiringi Pengetua, Kamarjan Abdul Rahman.

Kejohanan kali ini bermatlamat menyatukan alumni MML serta mengeratkan silaturahim antara alumni dengan pihak pentadbir MML.

Malah kejohanan Bola Sepak Alumni Maahad Muhammadi Lelaki Kota Bharu akan diteruskan sebagai acara tahunan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!