Manfaatkan cuti sekolah cari hidupan laut

Fahrin (empat,kanan) bersama sepupu dan rakannya berjalan mencari remis sebagai aktiviti cuti persekolahan.
Fahrin (empat,kanan) bersama sepupu dan rakannya berjalan mencari remis sebagai aktiviti cuti persekolahan.
A
A
A

ALOR GAJAH - Jika kebanyakan kanak-kanak menggunakan cuti persekolahan ini sebagai waktu melepaskan 'geram' bermain gajet, namun masih ada yang memilih untuk mendekati alam.

Bagi kanak-kanak di Kuala Sungai Baru di sini, mereka memanfaatkan musim cuti persekolahan dengan mencari hidupan laut seperti remis, siput, tiram dan juga lokan sebagai punca rezeki buat keluarga.

Muhammad Fahrin Azri Mohd Nazri, 12, berkata, aktiviti berkenaan lebih meriah dan seronok dilakukan dalam kumpulan yang besar bersama adik-beradik dan sepupu-sepapat yang lain di belakang rumah nenek mereka di Kampung Pantai.

Fahrin menunjukkan hasil laut iaitu tiram yang diperolehi di kampung Pantai, Kuala Sungai Baru.
Fahrin menunjukkan hasil laut iaitu tiram yang diperolehi di kampung Pantai, Kuala Sungai Baru.

Menurutnya, walaupun kadangkala terpaksa berjalan di tepi pantai sejauh lebih 300 meter terutama bagi mencari tiram di celah-celah batu, namun mereka sentiasa mementingkan keselamatan bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Katanya, mencari hasil laut seperti remis lebih mudah dengan hanya mengorek dalam pasir, berbanding mencari tiram yang perlu diketuk menggunakan penukul.

"Ibu bapa saya tak marah buat kerja ni, sekurang-kurangnya kami ada lauk tambahan untuk makan malam.

Artikel Berkaitan:

Fahrin gembira mendapat hasil tiram.
Fahrin gembira mendapat hasil tiram.

"Cuma kalau mandi pantai, selalunya saya akan memaklumkan kepada mak supaya dia tak bimbang dan kami hanya mandi di sekitar gigi air," katanya yang merupakan murid tahun enam Sekolah Kebangsaan(SK) Othman Syawal.

Tambah Muhammad Fahrin, hasilnya pasti tidak akan mengecewakan.

"Apa yang penting bersabar dan kena tunggu air laut surut," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!