Peniaga rugi RM246,000 terpedaya janji untung lumayan

PDRM
PDRM
A
A
A

KANGAR - Seorang peniaga mengalami kerugian RM246,000 selepas terpedaya dengan pelaburan yang menawarkan pulangan lumayan menerusi aplikasi ‘Wechat’.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, lelaki berusia 33 tahun itu membuat pemindahan wang permulaan sebanyak RM13,000 ke akaun suspek pada 9 Disember 2019 selepas tertarik dengan tawaran suspek bagi mendapat keuntungan besar jika menambah wang pelaburan.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, beliau berkata, secara keseluruhannya lelaki itu telah melakukan transaksi berjumlah RM246,000 dalam tempoh sebulan 30 Disember 2019 dan apabila dia menuntut modal serta pulangan pelaburan, suspek memberikan pelbagai alasan.

Beliau berkata, lelaki itu membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Kangar pada Rabu dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!