Saintis China sahkan air boleh wujud di bulan
BEIJING - Tanda-tanda bahawa air boleh hadir di dalam batu di bulan telah disahkan oleh saintis-saintis China yang melakukan ujian di bumi.
Para saintis itu membuat pengesahan melalui artikel yang ditulis mereka dalam majalah Nature Communications dan diterbitkan pada minggu ini.
Saintis-saintis itu melakukan ujian berdasarkan kepada batu-batu dan tanah yang diambil oleh kapal angkasa Chang'e 5 yang mendarat di bulan pada Disember 2020.
Liu Jianjun dari Balai Cerap Astronomi Negara di Beijing berkata, peralatan Chang'e 5 mengukur kehadiran hidroksil yang juga penunjuk tentang kehadiran air.
"Dalam memproses dan mentafsir data, kami mempertimbangkan pelbagai faktor yang mungkin mempengaruhi pengukuran kami, seperti suhu permukaan bulan dan pengaruh masa nyata daripada matahari," kata Jianjung iaitu pengarang utama artikel tersebut. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!