Pemandu lori parah langgar belakang treler

Anggota bomba mengeluarkan seorang pemandu lori yang tersepit dalam kemalangan di Kilometer 424.3 Lebuhraya Utara-Selatan(Plus) arah selatan awal pagi Jumaat.
Anggota bomba mengeluarkan seorang pemandu lori yang tersepit dalam kemalangan di Kilometer 424.3 Lebuhraya Utara-Selatan(Plus) arah selatan awal pagi Jumaat.
A
A
A

RAWANG - Seorang lelaki cedera parah akibat tersepit setelah lori dipandunya melanggar sebuah treler di Kilometer 424.3 Lebuhraya Utara-Selatan(Plus) arah selatan awal pagi Jumaat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 6.12 pagi.

"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Bukit Sentosa dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 6.29 pagi.

"Mangsa berumur 30-an dalam keadaan sedar mengalami kecederaan parah bahagian kaki akibat tersepit di bahagian tempat duduk pemandu," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

"Pemandu treler yang terlibat bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!