Durian tuhan kasi kini semakin digemari
GEORGETOWN - [DIKEMAS KINI] Nama durian popular seperti musang king, duri hitam atau udang merah mungkin sering menjadi sebutan dalam kalangan peminat durian.
Namun, masih ramai yang belum mengetahui kewujudan satu lagi durian premium yang dikenali sebagai anugerah tuhan atau tuhan kasi.
Durian jenis ini berasal dari dusun terletak di Sungai Ara yang ditanam pemilik dusun itu 100 tahun lalu.
Menurut pemilik dusun durian, Soong Joon Sin, 47, isinya berwarna kuning cair dan hanya mempunyai satu atau dua ulas bagi setiap pangsa, bersaiz sederhana serta mempunyai berat sekitar satu hingga dua kilogram sahaja.
"Isinya tebal dan berkrim. Rasanya pekat, manis dan ada pahit sedikit. Pokoknya tidak banyak menyebabkan pemilik dusun tidak sempat untuk memasarkannya ke pasaran luar.
"Ini kdurian tuhan kasi mempunyai isi berwarna kuning cair dan hanya mempunyai satu atau dua ulas bagi setiap pangsa, bersaiz sederhana serta mempunyai berat sekitar satu hingga dua kilogram sahaja.erana peminat durian yang datang ke dusun akan memesan dengan kuantiti yang banyak menyebabkan bekalan durian jenis ini tidak sempat dijual di pasaran," katanya ketika ditemui di gudang duriannya di sini.
Kata bekas pekerja kargo itu, durian tuhan kasi kini semakin mendapat tempat di hati penggemar durian serta permintaan tinggi.
Dia yang mempunyai 12.15 hektar dusun durian berkata, durian tuhan kasi tidak popular di pasaran namun menjadi kegemaran bagi peminat durian yang suka menikmati raja buah itu di dusun.
"Pemilik dusun yang mula menanam durian jenis ini menamakannya sempena nama beliau. Ketika itu, durian ini hanya boleh didapati di dusun di Sungai Ara sahaja.
"Bagaimanapun, ia tidak popular seperti musang king atau duri hitam, malah harganya tidak begitu mahal, sekitar RM28 hingga RM30 sahaja untuk sekilo. Hanya mereka yang suka menikmati durian di dusun sahaja tahu betapa sedapnya durian tuhan kasi ini," katanya.
Ditanya mengenai perancangannya terhadap durian jenis tuhan kasi, Joon Sin berkata, dia akan berusaha bersungguh-sungguh untuk membawa nama durian tuhan kasi sebaris dengan durian popular yang lain.
"Saya bersama-sama pemilik dusun lain di Sungai Ara akan menghasilkan lebih banyak buah jenis tuhan kasi tahun depan untuk memasarkannya di luar Pulau Pinang. Sebelum ini, kami tidak sempat memasarkannya ke luar (dari Pulau Pinang) kerana buahnya tidak banyak.
"Kadang-kadang belum sempat jual, buah sudah habis ditempah untuk dimakan pelanggan di dusun. Kami pemilik dusun di sini ingin penggemar durian tahu, bukan Balik Pulau sahaja ada durian yang berkualiti, malah Sungai Ara pun ada," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!