Nasib Nelayan Taman Alam

No Image Caption
A
A
A
Permandangan udara Jeti Kebun Kerang Sungai Buluh pada tinjauan Bernama baru-baru ini.

“Sekiranya hutan paya bakau Taman Alam (Kuala Selangor) diteroka untuk pembangunan, di mana lagi nelayan kecil seperti pak cik nak cari makan? Kehidupan nelayan di sini sudah semakin susah kerana hasil tidak lagi seperti dulu.”

Nada kebimbangan Pak Kahar, jelas kedengaran di sebalik bunyi enjin bot yang agak membingitkan telinga ketika dia ditanya tentang ura-ura pembangunan Taman Alam Kuala Selangor (KSNP) sebagai pusat pelancongan bertaraf antarabangsa.

Bapa kepada empat orang anak itu pada awalnya terdiam apabila mendengar soalan tersebut sambil melontarkan pandangannya jauh ke dalam hutan yang selama ini menjadi satu-satunya “periuk nasi” dia sekeluarga.

Hutan KSNP yang berkeluasan lebih kurang 292 hektar yang terletak di muara Sungai Selangor bersebelahan Bukit Melawati dan terkenal sebagai lokasi transit burung migrasi itu adalah hutan yang masih berbaki di kawasan hutan paya bakau banjar selatan daerah berkenaan.

Ini berikutan wujudnya aktiviti guna tanah secara agresif di sepanjang pantai paya bakau Sungai Selangor hingga Sungai Buloh, Jeram, sekali gus menjadikan KSNP ekosistem penting bagi pembiakan sumber laut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Tinjauan Planetarium Negara

No Image Caption
GALERI

Tarikan baharu Gua Musang

No Image Caption
GALERI

Tinjauan Cuti Hari Natal

No Image Caption
GALERI

Belalang Padi