Eksekutif direman 4 hari bantu siasatan tuntutan palsu

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang eksekutif sebuah bengkel kenderaan di negeri ini direman empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes mengemukakan tuntutan palsu tahun lepas.

Majistret Sabreena Bakar @ Bahari membenarkan permohonan reman yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu, bermula pada Jumaat sehingga Isnin.

Menurut sumber, wanita berusia 39 tahun itu ditahan sekitar 10 malam pada Khamis di Pejabat SPRM Selangor susulan disyaki terlibat dalam urusan mengemukakan dokumen yang mengandungi butiran palsu berkaitan tuntutan insurans kemalangan kereta atas seorang penama, sedangkan tiada tuntutan insurans dibuat individu itu tahun lepas.

Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!