Zii Jia, Aaron dan Wooi Yik mara ke separuh akhir

Aksi Zii Jia ketika menentang Kean Yew di peringkat suku akhir Terbuka Indonesia. - Foto Badminton Photo
Aksi Zii Jia ketika menentang Kean Yew di peringkat suku akhir Terbuka Indonesia. - Foto Badminton Photo
A
A
A

JAGUH badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia meneruskan penguasaannya apabila menempah tiket ke separuh akhir Terbuka Indonesia pada Jumaat.

Pemain profesional negara itu mara selepas mempamerkan aksi cemerlang menewaskan juara dunia dari Singapura, Loh Kean Yew 21-18, 16-21, 22-20 pada aksi suku akhir di Stadium Istora Senayan, Jakarta.

Mengiringi Zii Jia ke suku akhir adalah beregu nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang menewaskan pasangan tuan rumah Pramudya Kusumawardana-Yeremia Rambitan 14-21, 21-12, 22-20

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi dua lagi wakil negara Hoo Pang Ron-Toh Ee Wei dan Chen Tang Jie-Valaree Siow yang terkandas di peringkat suku akhir selepas tewas di tangan lawan masing-masing.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!