Sungai Nadi Kehidupan
Dua pencari madu lebah mendayung sampan di Sungai Merchang, Kampung Kelulut di Marang, untuk mencari sarang lebah pada pokok di persisir sungai sebagai sumber pendapatan mereka.
Sungai ialah landskap alam dengan pelbagai wajah dan fungsi dimana sejak awal kehidupan manusia, sungai menjadi komponen penting dalam kehidupan seharian.
Kehidupan manusia bergantung kepada sungai kerana sungai membekalkan air bersih untuk minuman, menyediakan tanah subur untuk memastikan keselamatan makanan dan menjadi sistem kumbahan dengan mengangkut sisa organan ke laut.
Orang ramai perlu menjaga kelestarian sungai agar tidak tercemar bahan buangan seperti plastik serta sisa industri agar sungai dapat digunakan oleh generasi akan datang. - Foto Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!