Kerajaan perlu serius, segerakan akta untuk ketum

Razali (dua dari kiri) ketika program Wacana Sinar edisi ke 352 yang bertajuk ‘Ketum: Yes or No?’ pada Jumaat.
Razali (dua dari kiri) ketika program Wacana Sinar edisi ke 352 yang bertajuk ‘Ketum: Yes or No?’ pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan perlu serius dalam usaha memutuskan akta yang sesuai berhubung penanaman pokok ketum di negara ini.

Razali dalam program Wacana Sinar edisi ke 352 yang bertajuk ‘Ketum: Yes or No?’ pada Jumaat.
Razali dalam program Wacana Sinar edisi ke 352 yang bertajuk ‘Ketum: Yes or No?’ pada Jumaat.

Setiausaha Kehormat Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM), Razali Latif berkata, ia berikutan masih ramai yang menggunakan ketum bagi tujuan kesihatan berbanding komersial.

“Kalau kita lihat majoriti rakyat Malaysia pada hemat saya, mereka juga berpandangan bahawa ketum ini adalah satu bahan yang telah digunakan sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu.

“Cuma ketika itu mereka gunakan untuk tujuan perubatan dan ia tidak dicampur dengan bahan-bahan lain.

“Akhir-akhir ini kita juga mendapati bahawa ketum ini mendapat permintaan tinggi daripada negara luar khususnya Jerman, Perancis untuk tujuan perubatan,” katanya pada program Wacana Sinar edisi ke 352 yang bertajuk ‘Ketum: Yes or No?’ pada Jumaat.

Wacana itu turut menampilkan Pensyarah Kanan Pusat Penyelidikan Dadah dan Ubat-ubatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Darshan Singh dan Timbalan Dekan Penyelidikan, Inovasi dan Libatsama Industri Komuniti Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr Paramjit Singh Jamir Singh, manakala Ismail Adnan sebagai moderator.

Mengulas lanjut, Razali berkata, pihak berkuasa tempatan juga perlu mewujudkan sebuah pasukan bertindak atau ‘task force’ bagi memantau penyalahgunaan ketum.

“Kita perlu lebihkan kepada mendidik bukan menghukum. Kita bantu dan pantau mereka.

“Kita ada pelbagai agensi (bawah kementerian) contohnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Saya rasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pun boleh terlibat sama sebagai contoh Majlis Perbandaran Pulau Pinang, mereka ada penguat kuasa yang boleh memantau,” ujarnya.

Menurutnya, orang ramai tidak boleh bergantung kepada pihak polis dan agensi seperti Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) semata-mata.

“PBT (pihak berkuasa tempatan) pun kena main peranan sebab mereka banyak turun ke lapangan.

“Saya rasa kena wujudkan satu kumpulan ‘task force’ untuk fokus ke arah ini. Didik mereka dahulu,” jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!